
ATURCARA PROGRAM
Hari Perta
ma (28 November 2024)
Hari Ketiga (30 November 2024)
|
HUBUNGI KAMI
HQ Mobile :
0196199945
Ms. Jue : 0148671147
Ms. Su : 0123859272
TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN
1. Kelayakan Peserta - Terbuka kepada pelajar Tingkatan 3 dan 4.
- Penyertaan hanya sah setelah bayaran penuh diterima sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.
2. Tarikh Program
- Program akan berlangsung pada 28 hingga 30 November 2024.
- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 November 2024.
3. Bayaran Program
- Yuran penyertaan adalah RM230 seorang bagi tempoh 3 hari 2 malam (3H2M).
- Bayaran yuran tidak akan dikembalikan jika peserta menarik diri selepas tarikh tutup penyertaan kecuali dengan sebab-sebab keatian dan kesihatan.
4. Perkhidmatan Termasuk
- Penginapan di asrama sepanjang program.
- Makanan dan minuman disediakan (sarapan, makan tengah hari, makan malam, minum malam).
- Aktiviti Indoor & Outdoor termasuk Sesi Motivasi & Jatidiri, Teambuilding dan aktiviti Outdoor.
- Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang menamatkan program.
5. Kesihatan dan Keselamatan
- Peserta dikehendaki mengisi borang deklarasi kesihatan dan memberikan maklumat lengkap tentang sebarang keadaan kesihatan khas sebelum program.
- Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan atau kehilangan barang peribadi sepanjang program.
- Peserta dinasihatkan untuk membawa ubat-ubatan peribadi jika perlu.
6. Kehadiran dan Tanggungjawab Peserta
- Peserta diwajibkan menghadiri semua aktiviti yang telah disusun.
- Peserta dikehendaki menjaga disiplin diri, mengikuti peraturan program, dan menghormati fasilitator serta peserta lain.
7. Pembatalan Program
- Pihak penganjur berhak untuk membatalkan atau menangguhkan program jika berlaku keadaan tidak dijangka, seperti bencana alam atau keadaan kecemasan lain.
- Dalam kes pembatalan oleh pihak penganjur, bayaran penuh akan dipulangkan kepada peserta.
8. Pendaftaran dan Pengesahan
- Penyertaan hanya disahkan setelah borang penyertaan dan bayaran diterima sebelum 15 November 2024.
|