AKAL Paintball Challange Mission24


Tarikh : 14 September 2024
Masa : 7.00pg - 5.45ptg
Tempat :
Akademi Kecemerlangan Minda & Fizikal (AKAL), Bukit Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan.

 Tarikh Tutup Penyertaan : 20 Ogos 2024 


Yuran : RM800 / Kumpulan
Peserta : 7 Orang (5 Pemain, 2 Simpanan)

 Harga Termasuk :
 
 Permainan Paintball
T-Shirt Program
Bayaran Masuk ke Kolam Renang AKAL




JUARA - RM1,500
Medal & Piala Pusingan


1st Runner up : RM700 beserta Medal
2nd Runner up : RM400 beserta Medal
3rd Runner up : Medal Penyertaan




Penyertaan
  • Terbuka kepada semua individu berumur 18 tahun ke atas.
  • Peserta mesti mendaftar secara sebagai satu pasukan.
  • Setiap pasukan harus terdiri daripada minimum 5 dan maksimum 7 orang pemain.
Kesihatan dan Keselamatan
  • Semua peserta mesti mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan oleh penganjur.
  • Peserta mesti memakai peralatan keselamatan yang disediakan (contohnya, topeng muka dan pelindung badan) sepanjang pertandingan berlangsung.
  • Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan yang berlaku akibat ketidakpatuhan kepada peraturan keselamatan.
Peraturan Permainan
  • Semua peserta mesti mematuhi peraturan permainan yang ditetapkan oleh pengadil.
  • Sebarang tindakan tidak sportif atau kasar boleh menyebabkan peserta atau pasukan tersebut disingkirkan dari pertandingan.
  • Pengadil mempunyai kuasa mutlak dalam membuat keputusan sepanjang pertandingan.
Bayaran Penyertaan
  • Bayaran penyertaan mesti dijelaskan sepenuhnya sebelum pertandingan bermula.
  • Bayaran penyertaan tidak akan dikembalikan jika peserta menarik diri selepas tarikh tutup pendaftaran.
Penarikan Diri dan Pembatalan
  • Peserta yang ingin menarik diri mesti memaklumkan kepada penganjur sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh pertandingan.
  • Penganjur berhak untuk membatalkan atau menunda pertandingan atas sebab-sebab tertentu dan akan memaklumkan peserta secepat mungkin.
Hak Penganjur
  • Penganjur berhak untuk mengubah terma dan syarat ini tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua keputusan penganjur adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.
Pendedahan Maklumat
  • Peserta bersetuju bahawa penganjur boleh menggunakan nama, gambar, dan video peserta untuk tujuan promosi dan publisiti tanpa sebarang bayaran atau pampasan.
Tanggungjawab
  • Peserta bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan peralatan yang dipinjamkan oleh penganjur.
  • Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda peribadi peserta.




Pertanyaan Lanjut Boleh Hubungi Kami di :
Mobile : 0196199945 






*Harga yang dipaparkan tertakluk kepada cukai perkhidmatan (SST)  


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Program Jati Diri & Motivasi Pelajar
JUMLAH
SST (8%)
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Pilih kategori agensi anda